Pengalaman Berkhatan Bayi Lelaki Berusia Dua Bulan

Assalamualaikum…

Sejak kebelakangan ni, ramai ibu bapa yang mengkhatankan anak mereka ketika masih bayi. Termasuklah kami suami isteri. Kami bukan nak ikut trend, tetapi setelah dikaji kebaikan dan kelebihan berkhatan ketika masih bayi kami pun ambil keputusan nak khatan atau sunat Ammar ketika berumur 2 bulan. Selepas bersalin 2 bulan, saya ada follow up dengan Dr.Hamid Arshat. Jadi saya ambil keputusan nak khatankan Ammar pada tarikh yang sama. Mula-mula memang rasa kesian, risau dan macam-macam lagi. Tapi sebenarnya tak ada apa pun. Prosedurnya sekejap je dan selamat.

Ammar sebelum dikhatankan

Kelebihan Bersunat Ketika Masih Bayi

  • Proses penyembuhan lebih cepat – Apabila berkhatan ketika masih bayi, proses penyembuhan luka lebih cepat berbanding dengan kanak-kanak yang lebih berusia. Ini kerana bayi tidak perlu berpantang kerana mereka hanya minum susu dan tidak lasak berbanding kanak-kanak.
  • Boleh mencegah jangkitan kuman pada salur kencing dan buah zakar – jangkitan kuman pada salur kencing dan buah zakar ketika zaman kanak-kanak boleh menyebabkan kemandulan.

Di Klinik Dr. Hamid Arshat, kaedah berkhatan yang digunakan ialah menggunakan plastibel. Di sini saya kongsikan prosedur berkhatan menggunakan plastibel.

Prosedur Berkhatan Menggunakan Plastibel

  1. Kemaluan bayi dicuci dengan menggunakan antiseptik.
  2. Zakar bayi di suntik dengan ubat bius.
  3. Setelah dibiarkan beberapa minit, kulit prepuce digunting sehingga takuk kepala zakar.
  4. Kulit dipisahkan dari kepala zakar dan kotoran dibersihkan.
  5. Plastibel disarungkan pada kepala zakar. Plastibel mempunyai pelbagai saiz. Ikut saiz yang sesuai dengan bayi.
  6. Benang diikat diluar kulit mengikut jalur plastibel. Ini bertujuan untuk mengawal pendarahan.
  7. Kulit prepuce digunting dan dibuang.Handle plastibel dibuang.

saiz-saiz plastibel

 Cara-cara penjagaan

  1. Kerap tukar lampin bayi.
  2. Cuci kemaluan bayi dengan air biasa sahaja.
  3. Sapukan eye oinment chloramphenicol yang dibekalkan oleh Dr.Hamid Arshat.
  4. Jika bayi menangis disebabkan kesakitan, boleh bagi ubat demam uphamol. Jika perlu. Tapi Ammar tak menangis pun selepas berkhatan. Jadi ibu tak bagi uphamol.
  5. Sedikit tips dari saya, apabila plastibel dah tertanggal, buat senaman pada zakar bayi. Urut kulit zakar ke bawah untuk elakkan kulit tadi menutup kepala zakar (kulup). Masa khatan Ammar saya tak tahu. Jadi kulit kepala zakar tu tertutup sedikt. Terpaksa ke klinik semula dan Dr.Hamid bukakan kulit tu sedikit.

Krim yang digunakan

Selepas proses berkhatan, alhamdulillah Ammar tak menangis dan meragam. Ibu siap bawa Ammar jalan-jalan lepas berkhatan pada hari tersebut. Dalam tempoh 4 hari, plastibel pun dah tercabut. Menjaga bayi berkhatan tidak sesusah menjaga kanak-kanak yang lebih berusia. Bayi tidak perlu berpantang. Luka pun cepat je elok. Seeloknya bayi dikhatankan sebelum mereka pandai meniarap. Diharap dengan perkongsian saya ini, dapat membantu ibu bapa di luar sana yang masih teragak-agak untuk khatankan anak mereka ketika masih bayi. InshaAllah semuanya mudah dan selamat. Tak ada sebarang risiko yang berbahaya. Pastikan kita mencari doktor yang bertauliah untuk khatankan anak kita.

Saya khatankan Ammar masa tu bulan puasa dan ketika itu klinik Dr.Hamid masih lagi di Plaza Damansara. Follow up kali kedua waktu itu di Yayasan Jabal Nur, Bukit Jalil. Untuk maklumat lanjut berkenaan khatan bayi dan kos berkhatan boleh ke website Jabal Nur. Waktu khatan Ammar tak silap masa tu rm400 ke rm450 pada tahun 2015. Sekarang Ammar dah besar. Lepas ni Ammar dah tak perlu rasa sakit bersunat.

Ammar anak soleh.

2 Comments on Pengalaman Berkhatan Bayi Lelaki Berusia Dua Bulan

  1. Masita Hassan
    November 3, 2017 at 8:32 AM (1 month ago)

    Tq Puan atas perkongsiannya.

    Reply
    • ibuam
      November 3, 2017 at 1:36 PM (1 month ago)

      Terima kasih sudi singgah di blog saya😍😍

      Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge