Resepi Yang Enak Dan Amalan Pemakanan Ketika Berpantang

Assalamuaikum…

Tahniah pada ibu-ibu yang telah selamat melahirkan. Makan apa ketika berpantang? Hihihi.. Puas fikir menu apa yang sedap,mudah dan berkhasiat kan? Selain itu, tidak memudaratkan badan kita dan bayi. Pemakanan ketika berpantang merupakan salah satu perkara yang amat penting dan perlu dititik beratkan. Kenapa ye? Ini kerana proses kehamilan telah mengganggu kestabilan hormon dalam badan. Apabila kita menjaga pemakanan kita,ini membantu proses pemulihan tubuh dengan lebih cepat.

Apakah amalan pemakanan yang terbaik ketika berpantang?

1. Elakkan makanan yang mengandungi kandungan lemak yang tinggi.

Elakkan makanan yang mengandungi lemak yang tinggi. Ini kerana, ia boleh melambatkan proses penurunan berat badan. Anda boleh mengambil lebih buah-buahan dan ulam-ulaman. Makan makanan yang menggunakan pelbagai rempah ratus yang boleh membantu kita menurunkan berat badan.

2. Kelancaran proses penghadaman.

Untuk melancarkan proses penghadaman, kita boleh mengambil makanan yang tinggi serat. banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran. Selain itu, halia juga amat bagus untuk melancarkan sistem penghadaman, ia membantu membuang angin,memanaskan badan.

3. Mengambil air dalam kuantiti yang cukup.

Orang-orang tua zaman dulu cukup menjaga jumlah pengambilan air. Mereka minum bersukat. Katanya minum air banyak ketika berpantang akan menyebabkan rahim kembang dan lambat kecut. Tetapi sebenarnya air amat perlu ketika berpantang untuk penghasilan susu. Air ais dilarang sama sekali.

4. Makan sayur-sayuran, ulam-ulaman dan buah-buahan.

Elakkan mengambil sayur-sayur yang sejuk seperti timun, kobis, pucuk paku, pucuk ubi, kangkung dan sebagainya. Antara sayur dan ulam yang boleh diambil ialah sawi, pegaga, lobak putih, pucuk mengkudu, daun lemuni, kucai, daun kari. Ada sesetengah sayur amat bagus dan dapat membantu penghasilan susu badan yang banyak. Ibu berpantang digalakkan memakan buah oren, kerana megandungi vit c yang tinggi untuk membantu proses penyembuhan luka.

5. Makanan untuk menambah susu ibu.

Untuk menggalakkan peghasilan susu ibu,ibu juga boleh mengamalkan memakan lobak putih, kucai, pegaga dan juga cekur manis. Selain untuk menambah susu, ia juga amat baik untuk melancarkan perjalanan darah dalam tubuh kita.

Pegaga sangat bagus untuk ibu bersalin

Resepi Makanan Dalam Pantang Yang Enak Dan Mudah.

1. Ikan Gelama Jeruk Masak Lada Hitam

Bahan-bahannya:

  • Ikan gelama jeruk
  • Bawang putih (ditumbuk)
  • Air secukupnya
  • Lada hitam (serbuk)

Cara-caranya:

  • Masukkan bawang, air dan lada hitam. Rebus sehingga mendidih. Masukkan ikan gelama jeruk. Jangan masak terlalu lama untuk mengelakkan ikan hancur. Garam tidak perlu kerana ikan gelama jeruk sudah masin.

2.Ungkep Ikan Haruan.

Bahan-bahan:

  • Seekor ikan haruan
  • 3 cm halia (hiris nipis)
  • 2 ulas bawang putih ( diketuk/hiris )
  • 1 biji bawang besar ( hiris nipis )
  • 3 cm kunyit hidup ( tumbuk )
  • 2 asam keping
  • garam secukup rasa
  • air

cara-cara:

  • Masukkan bawang besar, halia, kunyit, bawang putih dan air. Biarkan hingga mendidih
  • Masukkan ikan haruan. Biar lagi sehingga ikan hampir masak dan masukkan asam keping.
  • Masukkan garam seckup rasa. Sedia untuk dihidangkan.

3. Kerabu Pucuk selom dan cekur.

Bahan-bahan

  • 1 keping ikan kurau kering
  • 2 sudu susu rendah lemak
  • i biji bawang kecil dimayang
  • 2 sudu jus limau nipis
  • 5 tangkai dau selom diracik kasar
  • 2 helai dau cekur diracik kasar
  • sedikit serbuk lada hitam untuk menambah rasa

Cara-cara:

  • Ikan kurau digoreng dan ditoskan minyak. Kemudian dikisar dengan pengisar kering.
  • Campurkan kesemua bahan di dalam mangkuk.
  • Letakkan lada hitam. Sedia untuk dihidangkan.

4. Ikan parang masak singgang

Bahan-bahan:

  • 1 keping ikan parang
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk kasar
  • 1 biji bawang merah ditumbuk kasar
  • 1 cm halia muda ditumbuk kasar
  • Asam keping
  • 2 batang serai dititik
  • kunyit hidup ditumbuk kasar
  • Air
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  • Masukkan air, bawang putih, halia muda, asam keping, serai, dan kunyit. Biarkan hingga mendidih.
  • Masukkan ikan dan asam keping.
  • Perasakan dengan garam secukup rasa. Sedia untuk dihidangkan.

5. Sambal bilis berkunyit.

Bahan-bahan:

  • 100 gm ikan bilis
  • 3 cm kunyit kisar halus
  • 3 cm lempoyang kisar halus
  • 2 sudu kecil lada hitam
  • minyak untuk menumis
  • sedikit garam

Cara-cara :

  • Goreng ikan bilis sehingga garing
  • Tumbuk kasar ikan bilis dan lada hitam.
  • Tumiskan kunyit,lempoyang sehingga naik bau.
  • Masukkan lada hitam dan ikan bilis yang telah ditumbuk.
  • Sekiranya tidak cukup masin boelh tambahkan garam. Mengikut citarasa masing-masing.

6. Daging masak lada hitam

Bahan-bahan:

  • 250 gm daging batang pinang dihiris nipis.
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • 5 ulas bawang putih dihiris
  • 2 sudu minyak
  • 1 sudu besar lada hitam tumbuk kasar
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar kicap masin

Cara-cara:

  • Panaskan kuali tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau.
  • Masukkan daging, kicap manis, kicap masin dan lada hitam. Tumis sehingga masak. Sedia dihidangkan.

7. Sup ayam kampung

Bahan-bahan:

  • 1/2 ekor ayam kampung
  • 3 biji bawang merah dimayang
  • 2 ulas bawang putih dimayang
  • 3 cm halia dimayang
  • sup bunjut
  • kiub ayam
  • garam
  • daun sup
  • air

cara-cara:

  • Masukkan air, bawang merah, bawang putih, halia, sup bunjut dan ayam. Masak hingga mendidih.
  • Kemudian masukkan kiub ayam dan garam secukup rasa.
  • Letakkan daun sup. Siap untuk dihidangkan.

8. Ayam bakar madu

Bahan-bahan:

  • 2 ketul kepak ayam dan peha ayam
  • 2 cm halia dikisar
  • 4 ulas bawang putih dikisar
  • 1 sudu makan lada hitam ditumbuk
  • 2 sudu makan madu
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • garam secukup rasa
  • Mentega

Cara-cara:

  • Perapkan ayam dengan semua bahan. Perapkan sekurang-kurangnya 2 jam supaya bahan perapan masuk ke dalam ayam.
  • Bakar ayam di dalam oven sehingga masak. Boleh juga menggunkan arang atau periuk ajaib.

Selamat mencuba..

Selain dari mengambil makanan yang berzat dan berkhasiat, kita juga boleh mengambil makanan tambahan seperti set bersalin shaklee. Semasa dalam pantang saya amalkan set berpantang ini. Alhamdulillah luka pembedahan cepat sembuh dan badan sentiasa bertenaga.

Set berpantang shaklee

Pertanyaan

Dapatkan produk dan konsultansi untuk set berpantang dari saya, Asmida.

Whatsapp ‘ SET BERPANTANG ‘ ke 012-9038949.

 

2 Comments on Resepi Yang Enak Dan Amalan Pemakanan Ketika Berpantang

    • ibuam
      October 31, 2017 at 8:04 AM (2 months ago)

      Mudahkan..suami pun boleh tolong sediakan..

      Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge