Tips Menangani Anak Tantrum Dan Kuat Mengamuk

Adakah anak-anak kita selalu tantrum dan cepat mengamuk? Semasa tantrum, anak-anak selalu menangis,menjerit,mengamuk dan berguling di lantai tanpa diketahui puncanya. Tantrum adalah merupakan cara anak menunjukkan emosi mereka. Biasanya tantrum terjadi pada kanak-kanak berumur 1 hingga 4 tahun. Namun percaya atau tidak, tantrum merupakan perkara yang sangat penting dalam perkembangan emosi mereka. Jadi, ibu bapa haruslah bersabar dan tenang menghadapinya. Menangani masalah anak tantrum bukannya mudah. Walaupun tantrum ini ada perkara biasa pada kanak-kanak,kita sebagai ibu bapa pasti berusaha untuk meredakannya. Ibu bapa pasti rasa malu apabila anak-anak tantrum dan mengamuk di tempat awam.

Punca tantrum

1.Sifat semulajadi anak yang terlalu emosional

Sesetengah anak memang mempunyai sifat semulajadi yang emosional. Mereka mudah marah dan mengamuk pada perkara-perkara yang remeh.

2.Kepenatan dan keletihan.

Apabila anak terlalu letih dan mengantuk,emosi anak tidak stabil. Mereka tidak tahu apa yang diinginkan.

3.Ibu bapa terlalu melindungi

Sikap ibu bapa yang terlalu melindungi dan menghalang boleh memberi tekanan pada anak. Sampai pada satu tahap anak melepaskan tekanan dengan mengamuk dan menangis.

4.Terlalu memanjakan anak.

Ibu bapa terlalu mengikut permintaan anak. Apabila anak menangis ibu bapa memberi rasuah dengan membelikan mainan atau aiskrim. Sampai satu masa,apabila kehendakĀ  tidak dipenuhi mereka akan mengamuk dan menangis.

5.Tidak mampu melahirkan emosi dengan perkataan.

Kanak-kanak mempunyai bahasa yang terbatas. Oleh sebab itu mereka sukar untuk menterjemahkan perasaan mereka. Keadaaan ini boleh menyebabkan tekanan emosi dan kekecewaan pada mereka. Kekecewaan ini dilahirkan dan disampaikan dengan tantrum dan mengamuk.

Tips dan cara menangani Tantrum.

1.Ibu bapa harus bertenang dan bersabar.

Sebagai ibu bapa,kita harsulah bertenang dan bersabar dalam menghadapi situasi ini. Jangang cepat marah dan melenting. Jika kita marah, keadaan akan jadi lebih teruk. Mereka makin menangis dan mengamuk.

2.Biarkan anak sehingga mereka bertenang dan boleh dipujuk.

Tunggu anak anda sedikit reda dan cubalah memujuk dan menenangkan mereka.

3.Jangan memukul anak anda apabila mereka tantrum dan mengamuk.

jangan pukul anak semasa mereka tantrum.Hal ini akan menyebabkan keadaan akan menjadi lebih buruk. Handle mereka dengan penuh kasih sayang.

4.Cuba mencari punca dan sebab kenapa anak mengamuk.

Kita haruslah mencari punca dan sebab kenapa mereka mengamuk. Supaya kita dapat mengelakkan perkara tersebut berulang kembali.

5.Alihkan perhatian mereka pada perkara-perkara yang lain.

Cuba sedaya upaya untuk mengalihkan perhatian anak kepada perkera-perkara yang boleh menenangkannya.

6.Peluk anak

Peluk anak dari belakang. Bisik pada telinganya bahawa dia budak yang baik dan kita sangat sayang padanya.Bagi yang beragama islam, bolehlah membaca ayat-ayat Al-Quran dan auzubillahi minashaitan nir rajeem. Ini kerana kemarahan berpunca dari hasutan syaitan.

Peluk anak ketika tantrum

Kesimpulannya, tantrum bukanlah sesuatu perkara yang pelik dan merbahaya. Sebagai ibu bapa kita harus bijak menangani emosi anak-anak. kita haruslah bersabar dan bertenang dalam menghadapi anak tantrum dan kuat mengamuk. Nikmatilah kehidupan kita sebagai ibu bapa,hadapilah ujian dan dugaan ini dengan tenang. Bukan mudah untuk membesarkan anak-anak. Semoga kita dapat mendidik dan membantu anak-anak membesar dengan baik dan mampu menangani emosinya dengan baik apabila mereka besar nanti..

2 Comments on Tips Menangani Anak Tantrum Dan Kuat Mengamuk

  1. Izuan
    October 24, 2017 at 3:57 AM (2 months ago)

    Terbaik la info ni..tq

    Reply
    • ibuam
      October 24, 2017 at 12:13 PM (2 months ago)

      Terima kasih..semoga bermanfaat untuk kita semua.

      Reply

Leave a Reply

CommentLuv badge